Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.
Sebelum Aku Bernikah..
Monday, 25 February 2013
Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.

Qada Solat
Friday, 22 February 2013
1 ) apakah cara qada kan solat tersebut?
2) niat qada kan solat??
3) saya terlepas solat subuh?? bagaimana mana qada kan?? apa waktu yang sesuai?? harap ustaz jelas satu per satu... mudah bagi saya faham..
1. Solat fardu yang tertinggal atau tidak didirikan pada waktunya perlu diganti (qadha’). Cara melakukannya adalah sama seperti solat fardu yang telah ditinggalkan. Sebagai contohnya, jika tertinggal Solat Zuhur yang mempunyai 4 raka’at, maka solat qadha’ bagi Solat Zuhur tersebut juga mestilah sama seperti Solat Zuhur yang didirikan dalam waktunya. Apa yang membezakan di antara kedua solat ini hanyalah pada niatnya sahaja (di dalam takbir; Ada’an/Qadha’an).
2. Niat Qadha’ bagi solat fardu lima waktu:
4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”
5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”
3. Jika anda tertinggal Solat Fardu Subuh, anda sudah boleh meengerjakan solat qadha’ untuknya sebaik sahaja matahari telah terbit. Ringkasnya, ia sudah boleh dikerjakan sebaik sahaja telah tamat waktunya.
Takutlah untuk tinggalkan solat kerana.....

Mengingati Mati
Tuesday, 19 February 2013
Prof Dr Muhaya:
Bayangkan muka kita bila dikafan nanti bila kita mati. InsyaAllah kita akan menjalani kehidupan mencari husnul khatimah dan menggunakan masa mencari ilmu dan membersihkan jiwa.
Khalifah Umar Abdul Aziz ada berpesan yang baik untuk kita jadikan panduan dalam melalui kehidupan dunia dengan banyak mengingati hari mati. Katanya: “Dunia bukanlah kediaman abadi kalian. Allah telah menetapkan dunia sebagai alam yang fana, Allah juga telah menetapkan kesukaran kepada penghuni dunia selama hidup di dunia. Berapa banyakkah bangunan yang baru dibina sudah hancur? Berapa banyakkah orang yang hidup mewah dan kemudian hidup melarat? Kaum muslimin yang dimuliakan Allah, persiapkanlah bekalan kalian untuk mengharungi perjalanan untuk menuju akhirat. Bekalan yang terbaik adalah ketakwaan. Dunia hanyalah persinggahan sementara bagi manusia. Seseorang mukmin itu seharusnya memiliki salah satu daripada dua keadaan, iaitu pertama, bersikap seperti orang asing yang tinggal di negeri asing dan impiannya adalah untuk pulang ke negeri asalnya. Kedua, bersikap seperti seorang musafir yang tiada tempat tinggal tetap, siang dan malam baginya adalah perjalanan menuju ke kampung halaman.”
Perintah memperbanyak mengingati mati :

Lagu Batch Kami
Sunday, 17 February 2013
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah.. Alhamdulillah..
Hari ni sekadar nak berkongsi lagu batch su semasa belajar di MRSM Kuala Berang tahun 2007/2008 dulu.. Lagu ini diubah daripada lagu XPDC - Titian Perjalanan oleh arwah Pengetua semasa itu.. Alhamdulillah lagu ini masih lagi menjadi pembakar semangat buat kami.
Mengejar kejayaan
mengharungi rintangan
dengan iringan doa restu
ayah serta ibu
ku menjejak ilmu.
Sedetik yang berlalu
impianku satu
gemilang diri, peribadi.
Dengan ikrar janji,
kata ditepati
Kejayaan diimpikan
usaha kita perlukan
kejayaan hasrat kita
Kecemerlangan satu wawasan
yakini diri tempuh cabaran
bersama kita buktikan
Zaman berzaman teguh harapan
semurni 'impi' kita pastikan
kejayaan kita akhirnya.
Sekian, terima kasih

Bertaqwa dan Bertawakkal
Saturday, 16 February 2013

Suria
Hadirlah suria sinari taman ini
Kian kegersangan menanti embun menitis
Walaupun kemarau melanda di kutub kasih
Yang dulu subur mekar dan mewangi
Haruman yang berlalu pasti tak kembali
Selam lah ke dasar akan kau temui
Akar pepohon merindui baja kasih
Walaupun sedikit bagi ku memadai
Ku harap kau 'kan menerangi
Segenap sudut taman yang sepi
Suria hadir mu membalut luka
Terpancar menyuluh taman sepi
Inginkah kau bertahta di hatiku
Ku pasti rendangkan kasih suci
Dalam mencari ketulusan hati
Mengharap ku temu

Salam Untuk Sang Suria
yang jauh terawang
tidak tercapai tangan,
Tidak akan mampu dipegang,
Begitulah perjalanan kita ini
Sejauh ingatan memintal kenangan,
Kita mengenang semalam,
Semalam saat bintangnya belum pudar,
Semalam ketika suriamu masih bersinar
Apakah terbiar kita disana,
Menanti cahayanya,
Menanti sinarnya
Apakah kita merasa dn terasa
Akan ujudnya DIA
Terkaku dipenjuru sepi sendiri,
Menangis melihat hari datag dan pergi,
Demi semalam yang berlalu,
Demi esok yang menanti,
Kita menadah tanpa gusar,
Mencari redha dalam sedar.
Dan Kau tidakan berlalu sepi,
Cahayamu telah tersisa di hati,
Kau suria kau mentari
KAU menyinari gelita insan ini.

Mari Beristighfar.
Friday, 15 February 2013

Result Final
Thursday, 14 February 2013
Alhamdulillah.. diberi kesempatan lagi untuk su menconteng blog yang tak seberapa ni dengan perkataan dan ayat yang tak la romantis pon.. Esok, 15hb Februari 2013 insyaAllah result degree akan keluar.. macam-macam perasaan ada..
terkejut
Tapi apapun, inilah yang perlu kita terima.

Pendahuluan
Wednesday, 13 February 2013
Bismillahirahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang telah membantu su untuk mengedit blog ini.. Tujuan blog ini hanyalah sekadar perkongsian daripada pandangan seorang hamba Allah yang sedang berusaha untuk berubah kearah cintaNya.. in shaa Allah.. semoga blog ini dapat dikongsi bersama.. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.. terima kasih tak terhingga jugak kepada angah kerana bagi dorongan untuk blog ini yang pada awalnya hanya suka-suka.. in shaa Allah.. Semoga Allah memberkati kita semua dan blog ini dapat dijadikan bekalan dunia akhirat..
Sebelum kita bermula, jom sama-sama kita berdoa.. Semoga perkongsian kita ini diredhai Allah hendaknya..
