Mengingati Mati

Tuesday, 19 February 2013


Prof Dr Muhaya:
Bayangkan muka kita bila dikafan nanti bila kita mati.  InsyaAllah kita akan menjalani kehidupan mencari husnul khatimah dan menggunakan masa mencari ilmu dan membersihkan jiwa.

Imam As-Syafie ada berpesan: 
“Perbanyakkanlah menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal keduniaan, perbanyakkanlah menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.”

Khalifah Umar Abdul Aziz ada berpesan yang baik untuk kita jadikan panduan dalam melalui kehidupan dunia dengan banyak mengingati hari mati. Katanya: “Dunia bukanlah kediaman abadi kalian. Allah telah menetapkan dunia sebagai alam yang fana, Allah juga telah menetapkan kesukaran kepada penghuni dunia selama hidup di dunia. Berapa banyakkah bangunan yang baru dibina sudah hancur? Berapa banyakkah orang yang hidup mewah dan kemudian hidup melarat? Kaum muslimin yang dimuliakan Allah, persiapkanlah bekalan kalian untuk mengharungi perjalanan untuk menuju akhirat. Bekalan yang terbaik adalah ketakwaan. Dunia hanyalah persinggahan sementara bagi manusia. Seseorang mukmin itu seharusnya memiliki salah satu daripada dua keadaan, iaitu pertama, bersikap seperti orang asing yang tinggal di negeri asing dan impiannya adalah untuk pulang ke negeri asalnya. Kedua, bersikap seperti seorang musafir yang tiada tempat tinggal tetap, siang dan malam baginya adalah perjalanan menuju ke kampung halaman.”



Ada beberapa petunjuk Rasullullah s.a.w. untuk selalu ingat akan mati ini, antara lain :-
Perintah memperbanyak mengingati mati :

1.     "Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)."  
              ( Riwayat At-Turmudzi)

2.     Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :
"Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia."                                                                              
                                                                                      ( Riwayat Ibnu Abiddunya)
                                       
3.     Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri : 
"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat."
               ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )

4.     Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :
"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat."
               ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )


Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut:
1.     Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam hadisnya yang bermaksud :
"Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang."                                                              
                                                                                              ( Riwayat Abiddunya ).

Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata :
"Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini."                                                         ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

2.     Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.

3.     Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah :
"Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati."
( Riwayat Muslim ) 

4.     Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh demikian sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda :
"Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia berada."
                       ( Riwayat 'Ubadah bin Shamit ).

Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud :
"Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan."
( An-Nur: 24 )

Klik sini untuk rujukan teks asal


0 comments: