Mari beristighfar.
andai kita merasa pandai dengan kejayaan kita hari ini, dapat result tinggi, dan merasa itu adalah kerana atas usaha sendiri,doa sendiri dan atas kepandaian sendiri. sedangkan mungkin doa yang makbul itu datang dari orang lain yang mengambil berat hal kita. doa ibubapa, sahabat mahupun orang yang kita tak sangka2. sedangkan kejayaan itu tidak lain tidak bukan atas kuasa Allah. hasilnya datang dari Allah. kita hanya berusaha, sedangkan seluruh kekuasaan, keberhasilan datang dari Allah jua. Tidak perlulah kita makhluk yang hina berasa riya' dan ujub. inilah penyakit hati yang perlu disingkirkan!
Mari beristighfar.
andai result kita hari ini agak rendah, dan kita menyalahkan diri sendiri sehingga seakan-akan kita tidak pernah bertawakal kepada Allah. sedangkan Allah menguji kita hanya sedikit cuma. tidakkah kita membaca ayat-ayat Allah? (surah al-ankabut:2). lantas, mengapa begitu mudah kita menyerah kepada kesedihan yang berpanjangan? kegagalan bukan bererti kita akan gagal selamanya. Bukankah Allah itu Maha Penyayang? Bukankah Dia yang memahami kita lebih daripada siapa pun? Gagalnya kita hari ini, itu mungkin untuk menegur kita, di mana silap kita, untuk kita ubah dan baiki. Allah itu kasihkan hambanya lebih dari ibubapa kita sendiri.
jadi sahabat, mari istighfar.
Penghargaan kepada : Persatuan Rakan Masjid UiTM Puncak Alam 2013
0 comments:
Post a Comment